Tuesday, 27 February 2018

pronouns...you and we


You, your, yours, yourself   adalah gantinama untuk  awak.

You   digunakan di permulaan ayat:

You are my friend.
Awak adalah kawan saya.

You are not allowed to be here.
Awak tidak dibenarkan berada di sini.

…………………………………………………………………………………………………………


You   digunakan apabila ada VERB (PERBUATAN) di hadapan you. 
 e.g. tell (beritahu) you, send( hantar) you., help (tolong) you.


e.g. I will help you to clean the room tomorrow.
       Saya akan bantu awak untuk membersihkan bilik tersebut esok.


       They tried to remind you about the test but you were not home.
       Mereka cuba untuk mengingatkan awak tentang ujian tersebut tetapi awak tiada di rumah.

……………………………………………………………………………………………………


You  digunakan apabila ada PREPOSITION ( POSISI) di hadapan you.
e.g. for ( untuk ) awak, to (kepada) awak, behind ( belakang ) awak,  near (dekat) awak, beside (di sebelah) awak.

      The letter was sent to you yesterday.
      Surat tersebut dihantar kepada awak kelmarin.

      Ali is standing behind you yesterday.
      Ali sedang berdiri di belakang awak.

………………………………………………………………………………………………………


Your   digunakan untuk menunjukkan kepunyaan.  
e.g. your book, your car , your office, your table etc

I saw your  bag on Ali’s table.
Saya nampak beg awak di atas meja Abu.


…………………………………………………………………………………………………………


Yourself   digunakan apabila hendak menyebut “sendiri”.


You have to keep the books back in the drawer yourself.
Awak terpaksa simpan sendiri buku-buku tersebut kembali ke dalam  laci.


………………………………………………………………………………………………………….
.................................................................................................................................................................


We ,us, our, ours, ourselves  adalah gantinama untuk kami

We  selalunya digunakan di permulaan ayat.

e.g. we  went to the park yesterday.
      Kami pergi ke taman kelmarin.

    We  walk to school every day.
 Kami berjalan ke sekolah setiap hari.

…………………………………………………………………………………………………………




Us   digunakan apabila ada VERB (PERBUATAN) di hadapan  us.
e.g. teach (ajar) us, lend (pinjamkan) us, send (hantar) us.

The supervisors teach us safety procedures every Saturday.
Penyelia- penyelia mengajar kami prosedur keselamatan setiap hari Sabtu.

My father lent us  some money to buy the football boots.
Bapa saya meminjamkan kami beberapa jumlah wang untuk membeli kasut bola.


…………………………………………………………………………………………………………


  
Us  digunakan apabila ada PREPOSITION (POSISI) di hadapan us.
e.g. with (dengan) us,  to (kepada) us, among ( di kalangan ) us, for ( untuk) us, etc.

These books are for us.
Buku- buku ini adalah untuk kami.

The tourists will stay with us  for two more weeks.
Pelancong-pelancong tersebut akan tinggal dengan kami selama 2 minggu lagi.


………………………………………………………………………………………………………


Our   digunakan apabila menunjukkan “ kepunyaan”

This is our   car.
 Ini adalah kereta kami.

The team that won the competition is from our  district.
Pasukan yang menang pertandingan tersebut adalah dari  daerah kami.

………………………………………………………………………………………………     

Ourselves   digunakan apabila hendak menyebut “ sendiri”.

We built the hut ourselves.
Kami membina sendiri pondok tersebut.

Wednesday, 21 February 2018

pronouns HE , SHE, I


Pronouns

Pronouns adalah gantinama untuk nouns atau semua kejadian ciptaan Allah SWT. Allah cipta alam
semesta dan manusia. Melalui manusia , terhasil pelbagai nouns untuk kelangsungan hidup di atas
 muka bumi ini ( kereta, rumah , pakaian dsb).

e.g. he, his, him, himself  adalah gantinama untuk lelaki di dalam kuantiti seorang.
e.g. Ganti nama utk the boy atau the man atau Abu adalah  he , his, him, himself.


He  selalunya digunakan di permulaan ayat
e.g. Abu is very busy. He is cooking in the kitchen (Abu digantinama dengan he)
………………………………………………………………………………

Abu is very busy. He is cooking  in his kitchen. He is cooking with his mother.
His  selalunya digunakan untuk menunjukkan kepunyaaan.

Abu  sangat sibuk. Dia sedang memasak di dalam dapurnya. Dia sedang memasak dengan ibunya.
Satu lagi cara membuat ayat kepunyaan seperti di bawah:
Abu has a book. This book is his.
Abu ada sebuah buku. Buku ini  kepunyaannya.
…………………………………………………………………………………………………………

Him  selalunya diguna apabila ada verb(perbuatan) dihadapan him.

e.g. give (beri) him, tell( beritahu) him, ask (tanya) him

I will give him the book tomorrow.
Saya akan berikan dia buku tersebut esok.

Him  selalunya diguna apabila ada  preposition (posisi) dihadapan him.
e.g. for (untuk) him , to (kepada) him, beside (Di sebelah) him, behind( di belakang) him, with
( dengan ) him , before (sebelum) him.

I am looking for Abu. This letter is for him.
Saya sedang mencari Abu. Surat ini adalah untuknya.

A variety of curry dishes are prepared for Abu. These dishes are  for him.
Pelbagai juadah kari disediakan untuk Abu. Juadah ini adalah  untuknya.

………………………………………………………………………………………………………

Himself  digunakan apabila hendak menyebut  “sendiri”.
e.g. he wrote the letter himself.
Dia sendiri menulis surat itu .

…………………………………………………………………………

She, her, hers, herself   adalah gantinama untuk perempuan di dalam kuantiti seorang.
e.g. Gantinama untuk  a  girl    atau  a  woman   atau  Anis    adalah   she, her,
hers, herself.   

                             ……………………………………………………………………………


She  selalunya diguna di permulaan ayat.

e.g. Anis is a student. She   likes mathematics. She  is a clever girl.
      Anis adalah seorang pelajar. Dia suka matematik. Dia adalah seorang budak perempuan pintar.


………………………………………………………………………………
   
   Her   selalunya digunakan untuk menunjukkan  kepunyaan.

      e.g.  Anis was here just now. This is her    hand bag and that is  her    shoes.
       Anis berada di sini tadi. Ini adalah  beg tangannya  dan itu adalah  kasutnya.

                          
 Her  juga berperanan apabila dihadapan her    ada  verb (perbuatan).

e.g. give (beri )her, hold (pegang) her, tell (beritahu) her

Anis has just arrived. Tell her to enter the hall.
Anis baru sahaja sampai. Beritahu Anis untuk masuk ke dalam dewan.
                         ………………………………………………………………………………

Hers  berperanan untuk menunjukkan kepunyaan. 

This book is hers.
Buku ini adalah milik dia. 
                     ………………………………………………..................................................


Herself   digunakan apabila hendak menyebut “ sendiri”.

e.g. She cooked the dishes by  herself.
    Dia sendiri memasak juadah tersebut.
……………………………………………………………………………..

I, my, me, mine, myself  adalah gantinama untuk saya.

I  selalunya digunakan di permulaan ayat.

I am a boy.
Saya adalah seorang budak lelaki.
………………………………………………………………………………


My digunakan untuk menunjukkan kepunyaan.

I put my book near my table
 Saya letakkan buku saya berdekatan dengan meja saya.
……………………………………………………………………………………………………

me digunakan apabila  di hadapan me ada VERB( perbuatan).

e.g. lend (pinjamkan) me,  teach(ajar)me, give (beri) me.

My parents give me rm 5 for school allowance every day.
Ibubapa saya memberikan saya Rm5 untuk belanja sekolah setiap hari.



me juga berperanan apabila di hadapan  me  ada preposition (posisi).

e.g. from (daripada) me, behind (belakang) me, with (dengan) me.

The big kangaroo jumped in front of  me.
Kangaroo yang besar tersebut melompat di hadapan  saya.


………………………………………………………………………………


Mine berperanan untuk menunjukkan kepunyaan.

This book is mine .
Buku ini adalah milik saya.


........................................................................................................................
myself digunakan apabila hendak menyebut “sendiri”.

I wrote the story myself.
Saya sendiri menulis cerita tersebut.

Wednesday, 14 February 2018

jom bina ayat... InsyaAllah


Jom bina ayat.. Insya Allah.
Susun sebaiknya di dalam Bahasa Melayu. Terjemahkan ayat ke dalam Bahasa Inggeris.

e.g.  seorang budak lelaki sedang berlari dengan gembiranya di atas jalan besar.

Seorang budak lelaki  =  A boy

Sedang berlari  =  is running

Dengan gembiranya   =  happily   ( jangan tulis with happily.with yang bermaksud dengan 
tidak perlu jika kita tulis ADVERB.

Di atas   =   on     

 Jangan tulis at on at yang bermaksud di tidak perlu jika kita tulis Seperti contoh: di sana , di sini , 

di bawah , di antara , di hadapan, di belakang dan sebagainya.


Kehadiran at perlu jika di diikuti dengan nama tempat (umum atau khusus). e.g.   
                                  
 di sekolah (at the school), di kedai ( at the shop), di restoran saya ( at my restaurant), di KB Mall ( at 

KB Mall), di One Utama (at One Utama) dan sebagainya.  
                               
                                                      
Jalan besar   =  the big road .  

Di dalam Bahasa Melayu akan sebut jalan besar . Di dalam Bahasa  Inggeris akan sebut besar jalan. 

E.g. rumah baru ( new house), kereta lama ( lama kereta = old car).



A boy is running happily on the big road.


………………………………………………………………………………………………………
To = ke atau kepada      To = untuk

To bermaksud ke atau kepada tetapi apabila to diikuti dengan perbuatan (verb, to sudah menjadi untuk

e.g. ke kedai = to the shop ( shop adalah noun)

      ke rumah = to the house ( house adalah noun)

      ke Intan Supermarket = to Intan Supermarket ( Intan Supermarket adalah noun)


e.g. untuk membeli = to buy (buy adalah verb)

       untuk menulis = to write ( menulis adalah verb)

      untuk membawa = to bring ( membawa adalah verb)


Seperkara lagi tentang  to = untuk.....
 \Perbuatan(verb) yang berkait dengan to=untuk akan kekal di dalam kata asal walaupun di 

dalam apa jua keadaan waktu. Maksudnya,verb tetap kekal perkataan asal walaupun ayat di dalam 

Present Tense, Past Tense, Present Continous Tense, Past Continous Tense dan Future Tense.

e.g. Yesterday, Abu went to the shop to buy a pen. ( ayat di dalam Past Tense)

       The boys are jumping up and down to catch the butterfly. ( ayat di dalam Present
       Continuous tense)


To = untuk  dan  for = untuk

For = untuk apabila for diikuti dengan noun( benda e.g. for the car , for my room) dan pronoun (ganti 

nama e.g .for me, for him, for her, for them ,for us, for you) 

To me = kepada saya

For me= untuk saya

e.g.

Surat ini adalah untuk saya.

This letter is to me. (salah)

This letter is for me. (betul)