Wednesday, 7 February 2018

adjective and adverb


English Lillahitaala

ADJECTIVE

Allah jadikan NOUN (katanama/benda) semuanya mempunyai sifat e.g. big (besar), cantik (beautiful), cheap (murah).kind (baik), delicous (sedap) etc. Sifat kepada noun di namakan ADJECTIVE.

e.g   RUMAH KECIL

         SMALL  HOUSE

Di dalam Bahasa Melayu, Benda/Noun (RUMAH) disebut dahulu, barulah Sifat/Adjective ( KECIL) disebut kemudian.

Di dalam Bahasa Inggeris, Sifat/ Adjective disebut dahulu (SMALL), barulah Benda/Noun (HOUSE) disebut kemudian.

Small  house (betul)

House small (salah)

The small house (Betul)

Small the house (salah)


 Contoh bina ayat:

A / small/ boy   (article /adjective / noun)
Seorang budak kecil

Is playing (verb)
Sedang bermain

A  small boy is playing
Seorang budak kecil sedang bermain.     







ADVERB

Setiap perbuatan (VERB) ada sifatnya (ADVERB).

e.g. berlari dengan perlahannya = Run (VERB) slowly (ADVERb)

       Run slowly.  
 
       berlari dengan gembiranya= Run (VERB) happily (ADVERB)

       Run happily.

       berlari dengan erhati-hati= Run (VERB) carefully (ADVERB)

       Run carefully.

PERHATIAN: KESALAHAN YANG KERAP DILAKUKAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH.

Berlari dengan perlahannya.

Run with slowly. SALAH. (sebab WITH di dalam Bahasa Melayu adalah DENGAN)

PEMBETULAN:

Run slowly.BETUL. ( with tidak perlu)




CONTOH AYAT:

A/ boy     ( Article/ Noun)
 Seorang /budak lelaki


Is playing    (Verb)
sedang bermain


Happily     (Adverb)    
dengan gembiranya.


A boy is playing happily.
Seorang budak lelaki sedang bermain dengan gembiranya.             


Beberapa contoh Adverb:
Angrily          dengan marahnya
Sadly             dengan sedihnya
Fiercely         dengan garangnya
Carelessly     dengan cuainya
Lovingly        dengan penuh kasih sayang
Quietly          dengan senyapnya
Luxuriously   dengan mewahnya
Slowly            dengan perlahannya
Purposely      dengan sengaja
Arrogantly     dengan angkuhnya
Repeatedly    berulang-ulang
Patiently        dengan sabarnya


Ada adverb tiada “ly” di dalam ejaannya :
Fast  e.g. Run fast.
Hard e.g. work hard 


Belajarlah kerana Allah Ta’ala kerana Allah Maha Perencana dan Maha Berkuasa. jika mula ragu, tengok le ibu jari , tengok cap jari kat ibu jari yang kecik tu.kalau mana-mana pun manusia yang lahir, semuanya boleh dikenal identiti dengan hanya cap jari,kecik aje …. Allah beri peringatan akan kekuasaanNya.Tak terfikir dek akal. Kunfayakun.
Kalau ragu jugak, tahan nafas lama-lama dan jangan sedut udara. Billionaire pun akan miskin jika udara kena bayar. Tugas kita sebagai hamba Allah yang hina ini adalah terus membuat kebaikan di atas muka bumi ini. Berilmu adalah jihad yang amat mulia kerana dengan ilmu kita dapat menyumbang ke arah kifayah. Kuasai Bahasa , Lillahitaala.

2 comments: