Kuasai English,Lillahi ta’ala
Saya tak pandai
tetapi untuk masuk Syurga Allah, kita kena kuat berusaha cari kebaikan. DiizinkanNya,
saya mampu mengajar Bahasa Inggeris .
Blog ini diolah di dalam Bahasa Melayu dengan nawaitu supaya pembaca boleh mempelajari Bahasa Inggeris semudah mungkin, Insya
Allah.Isteri saya, Suria Mokhtar bekerjasama menghasilkan blog ini untuk
manfaat semua. Beliau adalah ketua jabatan Pengajian Am (JPA) di Politeknik
Kota Bharu . Terdapat 2 unit di bawah
pentadbiran JPA yang terdiri dari unit Pendidikan Islam dan unit Bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris
adalah ilmu kurniaan Allah Belaka.
Nawaitu yang betul akan menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris suatu ibadah
yang dituntut untuk membela nasib umat Islam kini yang ditindas dari setiap
aspek kehidupan. Memandangkan Bahasa Inggeris menjadi Lingua Franca dunia di
dalam pelbagai bidang, banyak perubahan yang mampu kita lakukan dengan
menguasai Bahasa Inggeris. Insya Allah. Ikhtiar
ini menjemput setiap pembaca menjadi
pengkaji akan selok- belok mempelajari Bahasa Inggeris sebaik mungkin di dalam
peranan kita menjadi khalifah yang benar- benar mampu menyumbang secara total
kepada agama , diri sendiri, keluarga dan masyarakat… Lillahita’ala.
Kita lihat dan dengar di serantau
dunia yang dekat dan jauh… anak-anak dan generasi diperangi dengan senjata
moden dan kimia penuh derita. Insya Allah, mereka syahid menuju syurga. Kita di
sini… anak-anak dan generasi diperangi di dalam terasa aman dengan gula-gula
teknologi, keseronokan IT dan makanan yang digembar-gemburkan sihat tetapi
meracun mati.Mereka yang tidak mahukan keamanan akan melalaikan kita dengan
keseronokan dunia yang tidak kekal. Masa
untuk bangun…jangan lena diulit tipu daya . Berilmulah dan beramal…Gunakan
teknologi , IT dan pemakanan sihat untuk berjuang, Lillahita’ala. Kita sedang
berperang ,sebenarnya.
Bahasa Melayu Dihormati
bahasa inggeris dikuasai
No comments:
Post a Comment