Wednesday, 21 February 2018

pronouns HE , SHE, I


Pronouns

Pronouns adalah gantinama untuk nouns atau semua kejadian ciptaan Allah SWT. Allah cipta alam
semesta dan manusia. Melalui manusia , terhasil pelbagai nouns untuk kelangsungan hidup di atas
 muka bumi ini ( kereta, rumah , pakaian dsb).

e.g. he, his, him, himself  adalah gantinama untuk lelaki di dalam kuantiti seorang.
e.g. Ganti nama utk the boy atau the man atau Abu adalah  he , his, him, himself.


He  selalunya digunakan di permulaan ayat
e.g. Abu is very busy. He is cooking in the kitchen (Abu digantinama dengan he)
………………………………………………………………………………

Abu is very busy. He is cooking  in his kitchen. He is cooking with his mother.
His  selalunya digunakan untuk menunjukkan kepunyaaan.

Abu  sangat sibuk. Dia sedang memasak di dalam dapurnya. Dia sedang memasak dengan ibunya.
Satu lagi cara membuat ayat kepunyaan seperti di bawah:
Abu has a book. This book is his.
Abu ada sebuah buku. Buku ini  kepunyaannya.
…………………………………………………………………………………………………………

Him  selalunya diguna apabila ada verb(perbuatan) dihadapan him.

e.g. give (beri) him, tell( beritahu) him, ask (tanya) him

I will give him the book tomorrow.
Saya akan berikan dia buku tersebut esok.

Him  selalunya diguna apabila ada  preposition (posisi) dihadapan him.
e.g. for (untuk) him , to (kepada) him, beside (Di sebelah) him, behind( di belakang) him, with
( dengan ) him , before (sebelum) him.

I am looking for Abu. This letter is for him.
Saya sedang mencari Abu. Surat ini adalah untuknya.

A variety of curry dishes are prepared for Abu. These dishes are  for him.
Pelbagai juadah kari disediakan untuk Abu. Juadah ini adalah  untuknya.

………………………………………………………………………………………………………

Himself  digunakan apabila hendak menyebut  “sendiri”.
e.g. he wrote the letter himself.
Dia sendiri menulis surat itu .

…………………………………………………………………………

She, her, hers, herself   adalah gantinama untuk perempuan di dalam kuantiti seorang.
e.g. Gantinama untuk  a  girl    atau  a  woman   atau  Anis    adalah   she, her,
hers, herself.   

                             ……………………………………………………………………………


She  selalunya diguna di permulaan ayat.

e.g. Anis is a student. She   likes mathematics. She  is a clever girl.
      Anis adalah seorang pelajar. Dia suka matematik. Dia adalah seorang budak perempuan pintar.


………………………………………………………………………………
   
   Her   selalunya digunakan untuk menunjukkan  kepunyaan.

      e.g.  Anis was here just now. This is her    hand bag and that is  her    shoes.
       Anis berada di sini tadi. Ini adalah  beg tangannya  dan itu adalah  kasutnya.

                          
 Her  juga berperanan apabila dihadapan her    ada  verb (perbuatan).

e.g. give (beri )her, hold (pegang) her, tell (beritahu) her

Anis has just arrived. Tell her to enter the hall.
Anis baru sahaja sampai. Beritahu Anis untuk masuk ke dalam dewan.
                         ………………………………………………………………………………

Hers  berperanan untuk menunjukkan kepunyaan. 

This book is hers.
Buku ini adalah milik dia. 
                     ………………………………………………..................................................


Herself   digunakan apabila hendak menyebut “ sendiri”.

e.g. She cooked the dishes by  herself.
    Dia sendiri memasak juadah tersebut.
……………………………………………………………………………..

I, my, me, mine, myself  adalah gantinama untuk saya.

I  selalunya digunakan di permulaan ayat.

I am a boy.
Saya adalah seorang budak lelaki.
………………………………………………………………………………


My digunakan untuk menunjukkan kepunyaan.

I put my book near my table
 Saya letakkan buku saya berdekatan dengan meja saya.
……………………………………………………………………………………………………

me digunakan apabila  di hadapan me ada VERB( perbuatan).

e.g. lend (pinjamkan) me,  teach(ajar)me, give (beri) me.

My parents give me rm 5 for school allowance every day.
Ibubapa saya memberikan saya Rm5 untuk belanja sekolah setiap hari.



me juga berperanan apabila di hadapan  me  ada preposition (posisi).

e.g. from (daripada) me, behind (belakang) me, with (dengan) me.

The big kangaroo jumped in front of  me.
Kangaroo yang besar tersebut melompat di hadapan  saya.


………………………………………………………………………………


Mine berperanan untuk menunjukkan kepunyaan.

This book is mine .
Buku ini adalah milik saya.


........................................................................................................................
myself digunakan apabila hendak menyebut “sendiri”.

I wrote the story myself.
Saya sendiri menulis cerita tersebut.

No comments:

Post a Comment